Translate

Isnin, 6 Julai 2020

Sifat Allah Al-Qabidh

Pengertian Al-Qabidh

Nama Allah al-Qabidh adaha nama Allah yang ke-21 dalam Al-Asma' Al-Husna. ertinya 

Yang Maha pencabut segala ruh / penyempit rezeki kepada siapa yang Ia kehendaki

Dalilnya terdapat dalam surah Al-Baqarah ayat 245

وَاللَّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
ertinya: Dan Allah menyempitkan serta melapangkan (rezeki) dan kepadaNya kamu akan dikembalikan.

Dalam satu hadis,

غَلاَ السِّعْرُ عَلَى عَهْدِ رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وسلم، فَقَالُوْا : يَا رَسُوْلَ الله! سَعِّرْ لَنَا! فَقَالَ : إِنَّ اللهَ هُوَ الْمُسَعِّرُ، اَلْقَابِضُ الْبَاسِطُ الرَّازِقُ (عند الترمذي: الرَّزَّاقُ) وَإِنِّى لأَرْجُو أَنْ أَلْقَى اللهَ (عند الترمذي وابن ماجه : أن أَلْقَى رَبِّي) وَلَيْسَ أَحَدٌ مِنْكُمْ يُطَالِبُنِي بِمَظْلَمَةٍ فِى دَمٍ وَلاَ مَالٍ (عند الترمذي: يَطْلُبُنِي). أخرجه أبو داود والترمذي وابن ماجه

Harga barang-barang pernah menjadi mahal pada zaman Rasulullah, maka para sahabat berkata: Ya Rasulullah, tetapkanlah harga untuk kami. Rasulullah bersabda : “Sesungguhnya Allah-lah yang membuat ketetapan harga, Dia adalah al-Qâbidh (Maha menahan / menyempitkan rezeki), al-Bâsith (Maha membentangkan / meluaskan rizki), ar-Râziq (Maha menganugerahkan rizki) –Dalam riwayat Tirmidzi, dengan lafal : ar-Razzâq-.

MENGAPAKAH ALLAH AL-QABIDH?

Ada 8 sebab mengapa Allah al-Qabidh:

1. Menunjukkan kekuasaannya. contoh kejadian tsunami di Acheh. penyakit virus Covid19. manusia tidak menyangka segalanya datang daripada Allah. Adakalanya manusia lupa dan mengabaikan pengajaran daripada al-Quran, maka Allah menterjemahkan al-Quran melalui kejadian-kejadian yang berada di bawah kekuasaanNya untuk dijadikan iktibar.

2. Allah belum memberi sesuai waktunya. Sebagai contoh dakwah Rasulullah di Mekah. 13 tahun dakwah tetapi masih belum berjaya dan ia mempunyai hikmah dan pengajaran. Namun akhirnya Mekah jatuh jua di tangan Muslimin melalui ayat 1-3 surat Al-Nasr. Adakalanya usaha yang kita lakukan masih belum berhasil, asyik gagal gagal dan gagal... Apa tujuannya? tetapi bila usaha tersebut berjaya, barulah kita rasai dan nikmati serta fahami erti sebuah kegagalan..... Maka bersabarlah bagi mereka yang berusaha tetapi belum mencapai apa yang diusahakannya...

3. Sebagai bala kerana dosa. Ia khusus untuk golongan yang ingkar kepada seruan Allah, lebih-lebih lagi orang kafir. Sebagai contoh pada ayat 5-7 surat Al-Haqqah, Allah mengazab kaum Tsamud dan 'Aad kerana ingkar kepada seruan nabi Hud dan nabi Soleh a.s. Begitu juga zaman sekarang, begitu banyak bala Allah yang tidak disedari oleh orang kafir, malah mereka menganggap ini hanya kejadian alam atau satu kemalangan biasa. Contoh lain dalam sejarah bagaimana kita menginsafi terhadap apa yang diterima oleh Firaun, Qarun, kaum nabi Nuh yang tenggelam oleh banjir besar.... 

4. Kerana kaffarah dosa. atau dalam erti kata lain, untuk manusia kembali kepada jalan kebenaran setelah menerima bala atau ujian Allah. Bagaimana caranya? Tak lain tak bukan hanya dengan jalan taubat. Adakala manusia terlupa akan kesalahan yang dilakukannya, maka Allah tegur dengan memberikannya kesempitan atau kesusahan sama ada kesakitan, kehilangan rezeki dan sebagainya. Bagi Orang Islam, pastinya lambat laun akan menyedari kesalahan, walaupun setinggi mana dosanya, kerana Allah Maha Menerima taubat, Lagi Maha Pengampun. 

5. Untuk meningkatkan darjat. Tujuan Allah memerikan kesusahan kepada hambanya yang beriman tak lain hanyalah untuk meningkatkan darjat keimanannya kepada Allah Ta'ala. Kita ambil contoh kisah Nabi Ayub a.s. Bermula dengan kehilangan harta, kemudian kehilangan keluarga, bahkan nabi Ayub a.s. diuji pula dengan penyakit yang amat dahsyat. Namun kesemua ujian itu Nabi Ayub redha. Setelah disembuhkan oleh Allah, Nabi Ayub mendapat semula semua nikmat yang ditarik oleh Allah berkat syukur dan redhanya terhadap ujian Allah kepadanya. tuan-puan boleh baca kisah Nabi Ayub a.s. dengan mencari kisahnya sendiri!!

6. Sebagai ujian Allah. Boleh rujuk ayat 2, surat al-Mulk. iaitu untuk uji amalan siapakah yang lebih baik. Manusia yang diuji, pastinya akan mengetahui sedalam manakah tingkat kesabaran. Semakin tinggi iman, semakin besarlah ujian Allah, maka seharusnya semakin tinggilah tingkat kesabaran. Sebab itu apabila kita diuji, ucaplah Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun serta banyakkan beristighfar. Insya Allah.

7. Untuk diberi ganjaran pahala. Terdapat dua jenis pahala yang Allah berikan kepada hambaNya, iaitu pahala berusaha, dan pahala amalan. Perlu diingat, walaupun hasil yang diharapkan terhadap usaha itu tidak tercapai, tetapi kerana usaha yang dibuat, Allah tetap memberikan pahala. Begitu sayangnya Allah kepada kita. Sebagai contoh, jika kita sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dalam ucapan ketika membaca kitab dalam siri kuliah atau ceramah, namun kadangkala pendengar ramai yang lentok tertidur, tidak bermakna kita gagal. cuma perlu lagi usaha lebih gigih. Jika kita seorang peniaga makanan /  restoran, berusahalah memberikan sajian yang terbaik untuk pelanggan... moga-moga dia akan datang lagi... hehe.

8. Untuk diganti dengan yang lebih baik ..   Kehilangan orang yang disayangi, harta, dan sebagainya membuatkan kita merasa sedih pilu. Namun ingatlah, kita ada pedoman dan sandaran kita tak lain hanyalah Allah semata-mata. Jangan disandarkan kesedihan itu sepanjang waktu atau lama-lama, bimbang akan 'meletup' tanpa pedoman. Semoga kehilangan atau kerugian yang bersifat sementara itu diganti oleh Allah akan kebahagiaan yang Kekal Abadi di Syurga.

Ayuh, mantapkan iman, kukuhkan amalan, teguhkan pendirian utnuk menuju Akhirat....

Wallahu 'a'lam

mohon maaf andai ada kesilapan.

SEKIAN, WASSALAM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan