PENYAMPAI : EN. MOHD SUKARDI ZAKARIA (SK BUKIT RANGIN)
TAJUK :
AKIDAH
Allah
berfirman dalam surah Asy Syuura ayat 52.
Yang
bermaksud: Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai
roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui
(sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga
mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang
menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara
hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi
petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus. (Asy Syuura ayat 52).
Tiap-tiap
seorang Mukallaf wajib mengetahui asas-asas agama, iaitu: Rukun Islam, Rukun
Iman, dan ‘Aqaid Al-Iman.
1.
‘AQAID AL-IMAN
Ertinya:
Simpulan-simpulan atau ikatan-ikatan iman (kepercayaan seseorang terhadap Allah
dan Rasulnya).
Perkara
yg terkandung di dalamnya:
1. Sifat Wajib Allah, Mustahil dan Harus.
2. Sifat Wajib Rasul, Mustahil dan Harus.3. Perkara Sam’iyyat.
2.
HUKUM
Menyatakan
hukum
Pengertian
hukum ialah menetapkan sesuatu perkara kepada suatu perkara yang lain atau
menidakkan sesuatu perkara kepada suatu perkara yang lain.
Mengetahui hukum akal
Wajib
mengetahui hukum akal kerana ia merupakan jalan mengenal Allah.
1.
Hukum Akal.
2.
Hukum Syara’.3. Hukum Adat.
Pengertian Hukum Akal
Menetapkan
suatu perkara kepada suatu perkara yang lain atau menafikan daripadanya. Ia
tidak berkehendak kepada percubaan sebagaimana Hukum Adat dan tiada bergantung
kepada suatu perbuatan Mukallaf sebagaimana Hukum Syara’.
Terbahagi
kepada 3: Wajib, Mustahil, Harus.
Wajib Akal: Suatu perkara yang tiada diterima akal akan tiadanya
(suatu perkara itu mesti ada). Contoh:
ada gerak atau diam.
Mustahil Akal: Suatu perkara yang tiada diterima akal akan adanya
(suatu perkara itu mesti tiada). Contoh gerak dan diam tidak boleh serentak.
Harus Akal: Suatu perkara yang boleh diterima oleh akal ada atau
tiadanya. Contoh: boleh gerak atau diam.
Hukum Syara’.
Erti:
Titah perintah Allah berkenaan perkara-perkara yang diperbuat oleh seseorang
Mukallaf sama ada dengan jalan tuntutan (tidak bersandar) atau hantaran
(bersandar).
Terdapat
dua (2) bahagian:
A.
Hukum tidak bersandar (Taklifiyyah)
1.
Wajib
2.
Sunat3. Haram
4. Makruh
5. Mubah
B.
Hukum yang bersandar (Wad'iyyah)
1.
Sebab
2.
Syarat3. Mani’
4. Sah
5. Batal
Pengertian Hukum Adat.
Ertinya:
Menetapkan suatu perkara kepada suatu perkara yang lain atau menafikan
daripadanya dengan dicuba beberapa kali tetapi adakalanya boleh menyalahi
daripada ketetapannya.
Contoh:
api
Bhgn. Hukum Adat: ada empat (4):
1. Ada
dengan ada
2. Tiada
dengan tiada3. Ada dengan tiada
4. Tiada dengan ada
Nota:
Wajib
Syar’ie dan Wajib ‘Aqli itu berlainan pengertian keduanya. Maka tanda yang
menunjukkan Wajib Syar’ie itu ialah didatangkan dengan perkataan “atas”
kemudian daripada perkataan wajib seperti dikata: “Wajib atas tiap-tiap
mukallaf”. Maksudnya ialah Wajib Syar’ie.
Dan tanda yang menunjukkan Wajib
‘Aqli itu ialah dengan perkataan “bagi” atau “pada” kemudian daripada perkataan
wajib seperti dikata: “Wajib bagi Allah atau wajib pada zat Allah.” Maksudnya
ialah Wajib “Aqli.
Sumber Rujukan:
2. Kitab Tauhid Darjah 4 Bagi Murid Sekolah-Sekolah Agama Kerajaan Johor, Terbitan 1955 Cetakan 1974
Tambahan:
1.
Islam bermula
dengan akidah, bukan fekah.
2.
Nabi Nuh
berdakwah 950 tahun, hasilnya 80 umat.3. Nabi Muhammad 13 tahun dakwah akidah di Mekah.
4. Surah Qaf – An-Naas. : surah tentang akidah.
5. Zaman sekarang lebih suka perkara yg membatalkan wuduk / solat berbanding yg membatalkan akidah.
6. Jadi akidah itu hanya satu dan sama di setiap masa dan tempat di alam ini dan tidak berubah-ubah kerana pergantian manusia dan keturunan, Allah itu satu tiada beranak dan diperanakan. surah Asy-Syuurah ayat 13.
Baiklah... sebelum kita bersurai, apa kata kita klik di pautan ini hanya sekadar menambah ilmu pengetahuan.
Klik -->
Tiada ulasan:
Catat Ulasan